Royal Black
I'm not a perfect person.
*army start walking in the jungle *
Menjadi yang lebih baik dari hari ini dan semalam
Aku manusia Biasa
29 December 2012 | 05:16 | 0 comments
Assalamualaikum .. *:*

Hari-hari aku merenung masa silam .. Ya betul orang kata jangan dikenang masa silam,kalau tak pedih yang dirasa dulu akan berulang kembali . Tapi tidak bagi aku , luka yang silam menceritakan siapa diri aku sekarang.

Luka yang dulu membuat aku sekarang menjadi lebih tabah dan kuat.Syukur kepada Allah SWT yang masih memberi peluang kepada aku untuk terus hidup sampai ke hari ini .
Peringatan yang Dia berikan kepada aku memang mengingatkan bahawa mati itu boleh terjadi disaat kau tak menyangka.

Apapun , luka yang lepas jangan terus kau lupakan . Itu yang aku pelajari dalam hidup aku , kerana luka itulah yag menyebabkan aku kuat dan tabah untuk menempuh apa jua keadaan . Sesungguhnya Allah SWT takkan menguji manusia lebih dari kemampuan manusia itu sendiri. Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.

Aku ialah aku sekarang . Jadi engkau sekarang belum tentu menjadi engkau di masa hadapan.
manusia berubah sayang . Aku pun berubah menjadi lebih baik . Dulu aku selalu lalai sekarang aku belajar untuk peka.

Mengetahui bahawa hakikatnya nanti orang yang aku sayang akan pergi meninggalkan aku jua untuk selamanya amatlah perit . Tapi aku ingin membuat semua yang aku mampu untuk membahagiakan mereka yang aku sayang . Kerana aku tahu nanti mungkin kesempatan aku telah tiada.

Aku jua nanti akan pergi , dan tiada sesiapa boleh menyangkal hakikat itu . Jadi, aku cuba sedaya upaya aku untuk terus memahami erti sebenar perjalanan hidup . mengumpul bekal untuk menghadapi hari yang bakal menjelma .. 

Cukuplah aku sekadar menjadi aku . Mati itu sudah tertulis di penghujung diari hidup aku . Apa yang aku lalui sekarang satu ujian untuk aku . Aku terima dengan hati terbuka.. Ikhlaskan hati aku .. 

wassalam.. 





Old things | New things